fbpx

Tips untuk menempah hotel di Kyoto

Musim bunga dan luruh di Kyoto

Bulan April dan November merupakan waktu puncak di Kyoto disebabkan tarikan bunga Sakura di musim bunga serta daun yang berwarna-warni di musim luruh.Hotel-hotel di Kyoto akan cepat penuh terutamanya pada musim bungan dan juga musim luruh kerana permandangannya yang sangat cantik.

Bagaimana untuk mendapatkan hotel di Kyoto dalam waktu-waktu sebegini? Di dalam artikel ini, disarankan bebeberapa tips dan cadangan untuk mendapatkan  penginapan di Kyoto.

Kiyomizudera Kyoto
Kiyomizudera Kyoto
Bamboo Groove Arashiyama
Bamboo Groove Arashiyama

Mengunapakai laman sesawang penempahan pihak ketiga.

Antara laman sesawang yang boleh digunakan adalah Booking.com dan Agoda. Terdapat juga laman sesawang untuk pasaran tempatan Jepun yang menawarkan lebih banyak pilihan seperti Japanican, Rakuten Travel serta Jalan.net. Selain itu Airbnb juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman tinggal di dalam masyarakat setempat. Pastikan anda membaca komen-komen dari pengunjung yang telah menggunakan perkhidmatan Airbnb tersebut sebelum membuat penempahan untuk memastikan ianya benar-benar berbaloi dan seperti yang diharapkan.

Elakkan hari Sabtu dan juga sehari sebelum cuti umum

Ini adalah kerana pada waktu ini, ramai pelancong tempatan juga akan keluar mengambil peluang untuk melakukan percutian singkat hujung minggu.

Tempah melalui agensi pelancongan tempatan

Antara sebab utama kekurangan penginapan di tempat-tempat tumpuan utama seperti Kyoto adalah kerana pihak agensi tempatan ini telah menempah penginapan secara pukal untuk dijadikan pakej pelancongan yang dicampur dengan tiket Shinkansen juga tiket lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Kyoto.

Tempah hotel di bandar lain yang berdekatan

Terdapat beberapa bandar yang agak berdekatan di sekitar Kyoto umpamanya Osaka, Otsu, Nara dan juga Kobe. Kedudukan bandar-bandar ini adalah lebih kurang sejam perjalanan dengan keretapi. Dengan kemudahan keretapi yang sangat efisyen di Jepun, adalah tidak menjadi masalah untuk menjadikan lokasi ini sebagai tapak asas lawatan ke Kyoto.

Lawatan dari bandar lain dengan Shinkansen

Tips ini hanya sesuai jika semua cadangan diatas tidak dapat dilaksanakan. Ianya juga akan mahal dan memakan masa untuk melakukan “day trip” dari bandaraya lain seperti Tokyo, Nagoya, Himeji atau Okayama. Ianya masih boleh dibuat tapi penulis menyarankan agar pilihan ini dijadikan pilihan terakhir.

Artikel ini diolah daripada artikel asal dari  Japan-Guide

Untuk pakej-pakej menarik sekitar Kyoto dan Osaka, sila ke link dibawah :

Pakej Musim Luruh Kansai (Kyoto dan Osaka)

Pakej Musim Bunga Kansai (Kyoto dan Osaka)

 

6,632 total views, 4 views today

Please follow and like us:
error
Kalendar
October 2019
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Menu
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)