
Menara Kyoto (Kyoto Tower)
Touirist Information Counter (TIC) di Kyoto ada menyediakan ruangan untuk solat kepada pengunjung-pengunjung yang melawat ke sini. Terletak didalam di tingkat 3, Menara Kyoto, ianya boleh digunakan semasa pejabat dibuka iaitu dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kedudukan Menara Kyoto ini yang betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi Kyoto amat mudah dan memberi keselesaan kepada semua pengunjung ke kota yang terkenal dengan ciri-ciri kebudayaan Jepun ini. Di Kyoto ini keberangkalian untuk kita berjumpa denagn wanita Jepun dengan kimono adalah lebih tinggi berbanding dengan bandar-bandar yang lain.

Kyoto Masjid / Islamic Culture Centre
Terdapat ruangan yang dijadikan sebagai Masjid untuk warga dan pelancong-pelancong yang beragama Islam di Islamic Culture Centre yang terletak berhampiran Kyoto University dan juga Imperial Palace. Ianya hanya dibuka dari hari Selasa sehingga hari Sabtu dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Untuk ke sini, ambil bas bernombor 17 atau 205 dari Stesen Kyoto dan turun di perhentian Kojinguchi.
Namba City
Didalam Namba City yang mana terdapat pusat membeli-belah, restoren dan juga stesen keretapi Nankai ada juga disediakan ruangan untuk solat bagi pengunjung-pengunjung yang beragama Islam. Terletak di tingkat B1 dan pengunjung yang ingin menggunakannya perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan di tingkat yang sama
Tommy Hilfiger Shinsaibashi
Satu ruangan solat telah dibuka di Kansai Tourist Information Centre yang terletak di tingkat 3 Pusat membeli-belah Tommy Hilfiger Shinsaibashi. Ianya terletak di dalam Shinsaibashisuji Shopping Arcade yang mana terdapat pelbagai kedai dan restoren dan antara tempat tumpuan pelancong dalam dan luar Jepun. Pengunjung-pengunjung Islam yang berkunjung ke sekitar Shinsaibashi atau Dotonbori tidak perlu risau lagi untuk tergesa2 pulang ke hotel kerana ruangan solat telah disediakan disini.

Stesen Osaka (Osaka Station)
Di Stesen Osaka juga terdapat bilik khas (Prayer Room)yang disediakan untuk kemudahan pengunjung-pengunjung terutamanya yang beragama Islam. Terletak di tingkat satu South Gate Plaza dan sama seperti di Namba City, penggunjung yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan terlebih dahulu.
4,324 total views, 2 views today