fbpx

Tempat musim luruh yang menarik di Tokyo

Tokyo adalah ibukota negara Jepun yang memang dikenali penuh dengan bangunan-bangunan moden serta kecanggihan teknologinya. Walaupun begitu, terdapat banyak tempat menarik dengan persekitaran semulajadi di dalam metropolitan Tokyo itu sendiri dan juga lokasi-lokasi luar yang berdekatan dengan Tokyo.

Taman di dalam bandaraya Tokyo

Terdapat banyak taman-taman yang disediakan untuk warga Jepun serta pelancong untuk bersantai menikmati permandangan indah alam semulajadi didalam kotaraya yang besar seperti Tokyo. Jika musim bunga, kebanyakan lokasi-lokasi ini dipenuhi dengan bunga-bungaan seperti Sakura, Tulip dan sebagainya, musim luruh juga menjanjikan permandangan yang sangat cantik dengan warna daun yang kekuningan serta kemerahan di celah-celah kotaraya yang padat dengan penduduk ini.

Antara lokasi-lokasi yang menarik didalam Tokyo dan sangat sesuai untuk dilawati adalah sepertiĀ Icho Namiki Avenue , Shinjuku Gyoen, Hibiya Park, Rikugien Garden, Shinjuku Gyoen dan banyak lagi. Semua lokasi ini terletak didalam metropolitan Tokyo itu sendiri, menjadikan ianya senang untuk dilawati tidak kira dimana anda tinggal did alam Tokyo. Kemudahan pengangkutan awam seperti Tokyo Metro dan keretapi amat memudahkan untuk ke lokasi-lokasi taman didalam bandar ini.

Lokasi musim luruh menarik berdekatan dengan Tokyo

Selain daripada didalam bandaraya Tokyo, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati dalam musim luruh ini antaranya di sekitar Kawaguchiko dan Mount Fuji. Permandangan Kawaguchiko ataupun Lake Kawaguchi ini dengan berlatarbelakangkan gunung Fuji amatlah menarik serta membuatkan sesiapa yang melihatnya akan terleka dengan hembusan angin yang nyaman bertiup yang sesekali menjadikan kita sedikit menggigil. Untuk ke sini, dinasihatkan utk membawa jaket yang sedikit tebal sebab lokasinya yang lebih tinggi dari paras laut, menjadikan ianya sedikit sejuk berbanding Tokyo.

Musim luruh di Mount Fuji - 5th Station or Gogome
Permandangan di 5th Station Mt. Fuji

Karuizawa juga menawarkan permandangan yang menarik pada musim luruh. Banyak kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa basikal untuk memudahkan pelawat2 menikmati keindahan Karuizawa dalam musim luruh dengan lebih dekat. Selain dari aktiviti berbasikal di Karuizawa, terdapat juga Karuizawa Shopping Plaza yang menyediakan kedai-kedai berjenama dengan harga yang berpatutan dan ada masanya lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia terutamanya pada masa terdapat jualan diskaun di kedai-kedai tersebut. Untuk ke Karuizawa, bolehlah merasai pengalaman menaiki keretapi laju yang dikenali sebagai Shinkansen.

Berbasikal di Karuizawa
Berbasikal di Karuizawa

Terdapat satu lagi lokasi yang sangat menarik untuk dilawati semasa musim luruh iaitu Hitachi Seaside Park di Ibaraki. Lokasi ini amat terkenal dengan pelbagai tumbuhan dan bunga yang berubah mengikut musim sepanjang tahun. Dalam musim luruh, taman ini dikunjungi ramai orang untuk melihat keindahan Kochia yang sangat luas. Kochia ini berwarna hijau dalam musim panas akan bertukar menjadi merah dalam musim luruh dan waktu yang paling sesuai untuk dilawati adalah pada bulan Oktober. Taman in sangat luas yang mana disediakan keretapi mini untu memudahkan pengunjung. Jika hendak berbasikal, kemudahan sewa basikal juga disediakan. bagi yang hanya berminat berjalan kaki sahaja juga tidak menjadi masalah kerana jalan yang luas disediakan untuk pejalan kaki juga.

Kochia di Hitachi Seaside Park
Kochia di Hitachi Seaside Park

Waktu musim luruh di Tokyo

Untuk menikmati permandangan yang menarik ini, waktu yang sesuai adalah dari bulan Oktober sehingga awal bulan Disember setiap tahun. Banyak hotel-hotel serta homestay disediakan di Tokyo dan salah satu homestay yang dicadangkan adalah Hazani Homestay yang diusahakan oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Tokyo.

Tidaklah susah untuk melawat Jepun dan menikmati permandangan yang indah di Tokyo atau bandar-bandar yang lain, tetapi untuk lebih memudahkan lagi, bolehlah berhubung dengan Japan Budget Trip untuk percutian anda ke Jepun sama ada secara Private Trip ataupun boleh juga menyertai mana-mana Open trip yang disediakan.

 

 

 

19,528 total views, 10 views today

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
October 2019
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Menu
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)