
Trip Sakura Salji Tokyo 2020
Dengan menyertai trip ini, peserta mendapat peluang merasai dua musim dalam satu trip yang sama iaitu keindahan bunga Sakura di Tokyo serta keputihan salji di Gala Yuzawa. Gala Yuzawa adalah sebuah pusat peranginan yang senang untuk dilawati kerana menyediakan stesen keretapi Shinkansen yang dapat menghubungkan perjalan terus dari Tokyo. Kemudahan gondola dari stesen Shinkansen terus ke kawasan utama pusat peranginan amatlah menyenangkan pengunjung-pengunjung yang menghabiskan masa santai bersama keluarga dan kawan yang membuat “day trip” ke sini.
Pengangkutan utama sepanjang trip ini adalah dengan menggunakan keretapi dan juga keretapi bawah tanah. selain dapat merendahkan harga kos agar untuk percutian yang lebih murah, pengalaman menaiki kenderaan awam di Jepun seperti rakyat tempatan adalah satu pengalaman yang sangat berharga. dengan itu juga, kita dapat menyelami budaya serta kecanggihan serta ketepatan masa sistem pengangkutan awam di Jepun.
Komitmen di JBT ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat agar dapat melawat Jepun dengan trip dengan harga yang berpatutan dan murah. Trip ke Tokyo ini direka khas agar ianya menjadi satu trip ke Tokyo dengan harga yang murah dan didalam kemampuan kebanyakan orang. Ianya bukanlah trip lima bintang dengan hotel lima bintang dan juga pengangkutan juga adalah dengan pengangkutan awam.
Maklumat Pakej :
Terdapat empat pakej dengan dua tarikh yang berbeza:
- Trip Sakura Salji Tokyo Combo
- 27 Mac – 1 April 2020 (TSST-6D5N)
- 1 – 5 April 2020 (TSST-5D4N)
- Trip Sakura Salji Tokyo Ground
- 27 Mac – 1 April 2020 (TSSTG-6D5N)
- 1 – 5 April 2020 (TSSTG-5D4N)
Layari facebook Japan Budget Trip untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.
Untuk mengetahui tarikh jangkaan Sakura berkembang, klik sini
18,122 total views, 3 views today
tlg berikan harga untk sya trip murah 2 musim ke jepun Rm…..
5dewasa
1kanak2
Salam Tuan, untuk perbincangan lanjut, mohon untuk tuan whatsapp ke 013-7287178 atau klik link whatsapp berikut.
https://japanbudgettrip.com.my/0137287178
Tolong bagi ITERNARY, Tarikh dan rm… Utk 4org, utk musim bunga atau musim salji
Salam Tuan, untuk perbincangan lanjut, mohon untuk tuan whatsapp ke 013-7287178 atau klik link whatsapp berikut.
https://japanbudgettrip.com.my/0137287178