fbpx

Pelbagai Maklumat Mengenai Alkohol Dalam Makanan

Pengenalan

Setiap orang perlu memastikan bahawa makanan dan minuman kita halal.  Menjadi kewajipan seorang Muslim untuk memastikan perkara ini. Bukan sahaja untuk pelancong-pelancong Muslim yang akan ke negara bukan Islam sahaja yang perlu peka tentang isu ini,  produk-produk yang dibawa masuk ke negara kita juga perlu diberi perhatian. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa persoalan yang bermain di fikiran kita semua sama ada yang berada di dalam negara atau yang akan ke luar negara atas urusan rasmi atau dengan tujuan melancong.

  • Apa yang dapat difahami mengenai alkohol dan arak (khamr)?
  • Adakah semua alkohol itu arak?
  • Adakah semua alkohol itu haram?
  • Apakah hukumnya alkohol dalam bahan pencuci, minyak wangi dan sebagainya?
  • Apakah hukumnya alkohol dalam ubat-ubatan, perisa tiruan dan pewarna tiruan?

Bagi menjawap persoalan ini, mari kita rujuk artikel yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

E-Fatwa : Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Alkohol dalam perfume

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkoholuntuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dankadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

 

Boleh layari laman web e-Fatwa untuk rujukan artikel asal dan juga fatwa-fatwa yang lain.

Selain dari itu, boleh juga rujuk laman web Rumasho.com untuk penjelasan lanjut tentang beberapa salah faham tentang alkohol.

 

Nota : Semua maklumat diatas adalah berdasarkan maklumat yang dirujuk dari kedua-laman web berkenaan pada 5 Nov 2015. Sebarang perubahan atau kekeliruan, mohon rujuk ke laman web yang asal

5,482 total views, 1 views today

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
November 2020
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
Menu
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)