fbpx

Osaka Mint Bureau Sakura Toorinuke

Osaka Mint Bureau merupakan salah satu tempat yang jarang dilawati pada hari-hari biasa. Namun dalam setahun terdapat lebih kurang satu minggu dalam bulan April  ianya menjadi tumpuan dan dibuka kepada orang ramai untuk menikmati pemandangan pelbagai jenis sakura yang terdapat di Jepun.
 
Untuk tahun 2019, ianya dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10:00 pagi sehingga 9:00 kepada orang ramai pada hari berkerja bermula 9 April sehingga 15 April. Pada cuti hujung minggu ianya dibuka awal sejam bermula 9:00 pagi.
 
Masuk adalah percuma dan pintu masuk adalah dari arah South Entrance Gate (Temmabashi) menuju ke North Exit Gate (Sakuranomiyabashi) secara laluan satu hala.
 
Untuk ke sini kita boleh menggunakan Osaka Metro Tanimachi Line (Temmabashi Station), JR Tozai Line (Osaka Tenmangu Station) ataupun Keihan Line (Temmabashi Station) dan berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk sampai ke lokasi ini.
 
Terdapat 338 batang pokok dari 134 jenis sakura dapat dilihat sepanjang seminggu ianya dibuka untuk tontonan orang ramai.
 
Jika ada yang berminat untuk menyertai trip ke Osaka serta lawatan ke Osaka Mint Bureau sila klik SINI
 

245 total views, 2 views today

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
January 2020
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Menu
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)