fbpx

Nara Visitor Center & Inn

Apa yang menarik di Nara Visitor Center & Inn ini? Ikuti catatan dari tuan punya fb bernama Yusraa Ksm untuk pengalaman beliau di sana.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

TIPS SOLAT DI NARA DEER PARK.

Kalau kalian ke #NaraDeerPark, selesai membelai dan bagi rusa makan, bolehlah solat dan rehat di #NaraVisitorCentre & Inn.

Di sana kalian akan dibawa ke musola, dan ada bilik khas untuk mengambil wudhu. Tuala akan ditanya, sama ada diperlukan atau tak, akan diberikan secara percuma! Bagus mereka ni. Nanti ambil wudhu, lap bagi kering ya kalau dah basahkan lantai. Ada kain alas kaki disediakan nanti.

Lepas tu, boleh mencuba pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Contohnya, tulis kaligrafi kanji (boleh minta mereka tuliskan nama sendiri dalam Kanji, mereka akan bantu), buat origami, nak cuba cosplay sumo pun boleh!

Kalau ada keinginan untuk ikut serta dalam tea ceremony, perlu bayar 2000¥ seorang.

Selain tu, sini ada banyak peta dan saranan makanan vege dan muslim friendly. Rajin bertanya pun tak apa, mereka fasih berbahasa Inggeris.

Sangat memudahkan! Yang ini, dekat 5 storey pagoda dan stesen Kintetsu-Nara.

Ada lagi satu ruang solat disediakan di dalam #JRNaraTouristInformationCentre. Ambil wudhu di tandas sebelahnya (tandas wanita sahaja, lelaki ke tandas lain ya).

Tempat solat di dekat #NaraVisitorCentreandInn lebih mudah sebab ada bilik mengambil wudhu.

Terpulang kalian ambil tren mana, dua-dua stesen pun berdekatan tempat solat.

Yusraa Ksm
– yeah berjaya buat origami rusa!

Five Storey Pagoda yang dapat dilihat dari hadapan Nara Visitor Center & Inn ini
Bangunan Nara Visitor Center & Inn dari hadapan
Cultural & Activity Room
Peta ke lokasi dari stesen Kintetsu Nara

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Begitulah serba sedikit catatan beliau semasa mengembara di Negara Matahari Terbit. Boleh terus ikuti catatan lain yang menarik di fb beliau.

Sila ke laman web Nara Visitor Center & Inn dan juga Halal Media Japan untuk maklumat lanjut.

Nara Visitor Center Inn

 

665 total views, 2 views today

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
October 2019
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Menu
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)