
Pengenalan
Osaka merupakan salah satu bandaraya yang terbaik untuk menikmati pemandangan Sakura di Jepun. Dibawah ini adalah senarai antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai pada musim Sakura berkembang (hujung bulan Mac sehingga awal bulan April)
Kema Sakuranomiya
Terapat hampir 5,000 batang pohon Sakura di sepanjang Sungai Okawa yang menjangkau beberapa kilometer keseluruhannya. Pemandangan deretan pohon Sakura ini amatlah menarik dan memukau pengunjung terutamanya dari atas kapal yang menyusuri sungai berkenaan. Terdapat juga kawasan lapang untuk beriadah dan berpiknik bersama keluarga.
Stesen yang terdekat dengan Kema Sakuranomiya ini adalah Stesen Sakuranomiya (JR Loop Line)
Osaka Castle
Terdapat lebih daripada 4,000 pohon Sakura ditanam sekitar Osaka Castle. Antara tempat yang menarik untuk bersantai dan berpiknik bersama keluarga dan rakan-rakan adalah di Nishinomaru Park. Taman ini terletak di sebelah barat dan berhanami di laman yang luas sambil menikmati pemandangan malam Osaka Castle adalah satu pengalaman yang menarik dan sukar dilupakan.
Terdapat beberapa stesen yang boleh diambil untuk ke Osaka Castle, antaranya adalah seperti berikut adalah Stesen Tanimachi 4-chome (Tanimachi Subway Line & Chuo Subway Line) dan Stesen Osakajokoen (JR Loop Line)
Expo 70 Commemorative Park
Bekas tapak ekspo 1970 World Exhibition di Osaka ini telah menjadi satu taman yang luas dengan pohon Sakura yang melebihi daripada 5,000 batang kesemuanya. Terdapat juga lampu yang dipasang untuk menyerikan lagi kawasan ini pada sebelah malam.
Stesen Banpaku Kinen Koen (Osaka Monorail) adalah stesen yang terdekat jika bercadang untuk ke sini.
Osaka Mint Bureau
Terdapat lebih 300 daripada beratus-ratus jenis pohon Sakura dapat dilihat di sekitar Oasa Mint Bureau ini. Antara jenis Sakura yang terdapat disini adalah jenis Yaezakura ianitu sejenis Sakura yang agak lewat berkembang berbanding dengan jenis-jenis yang lain. Ianya terletak di Stesen Temmabashi (Tanimachi Subway Line & Keihan Main Line)
Tsurumi Ryokuchi Park
Taman ini adalah telah digunakan untuk satu ekspo bunga-bungan pada tahun 1990. Terdapat beratus-ratus pohon Sakura telah ditanam sekitar taman ini yang menjadikan ianya satu lokasi yang menarik untuk dikunjungi terutama pada musim Sakura berkembang. Terdapat juga 50 taman kecil yang mewakili taman-taman yang terkenal diseluruh dunia.
Stesen keretapi yang terdekat adalah Stesen TsurumiRyokuchi (Nagohari Tsurumiryokuchi Subway Line)
Penutup
Artikel ini adalah diolah semula daripada artikel asal di japan-guide.com
Untuk menikmati pemandangan Sakura yang menarik di Osaka dan sekitarnya, disarankan untuk bersama pakej yang sangat berbaloi iaitu JBT Kansai Sakura
Layari facebook Japan Budget Trip untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.
2,396 total views, 1 views today
One thought on “Lokasi Sakura yang menarik di Osaka (Hanami)”