Musim sejuk di Hokkaido memang sudah terkenal di pelusuk dunia sebagai antara tempat yang mempunyai salji yang sangat cantik. negara Jepun sendiri merupakan negara yang menerima taburan salji yang lebat terutamanya di Hokkaido dan pinggiran pantai baratnya yang bersebelahan dengan Nihonkai (Japan Sea). Disni juga terkenal dengan makanan laut yang segar seperti ketam, udang, sotong dan juga pelbagai jenis ikan laut dalam.
Musim sejuknya yang ekstrim dan kepadatan salji yang turun akan menyebabkan hampir seluruh permukaan muka buminya diliputi salji tebal yang memutih. Musim ini amat terkenal di kalangan pelancong-pelancong dari negara tropika seperti Asia Tenggara yang datang untuk menyaksikan dan mengalami sendiri salji yang bertebaran di merata-rata tempat.
Pihak JBT ingin menganjurkan satu trip yang sangat istmewa pada musim sejuk di Hokkaido ini dengna pelbagai aktiviti menarik sepanjang trip. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti:
- Snow rafting, snow banana & snow sledging
- Penguin parade
- Ice drift Cruise
- Wakasagi lake fishing
- Skiing & snowboarding
Maklumat Trip :
- Jangkamasa trip : 7 hari 6 malam (7D6N)
- Trip terhad kepada 10 orang peserta sahaja.
- Hotel dengan bilik air didalam.
- Deposit RM200 seorang
- Pengangkutan : tren/subway/bus
- Minima umur : 7 tahun dan keatas shj.
- Harga :
- RM3,990 seorang (12 tahun dan keatas)
- RM3,590 seorang (7 – 11 tahun)
- Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.
- Tarikh cadangan trip : 26 Jan – 1 Feb 2020
*Early Bird Promo
- Diskaun sebanyak RM200 seorang. (RM3,790 / RM3,390)
- Minima pendaftaran utk tawaran diskaun ini adalah 2 orang.
- Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.
- Daftar sebelum 30 Mac 2019 untuk mendapatkan tawaran ini.
Harga Termasuk :
- Hotel dengan bilik air didalam
- Pengangkutan awam (Subwaykeretapi, bas dll)
- Insuran perjalanan
- Jurupandu
Harga TIDAK Termasuk :
- Tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo
- Makan dan minum
- Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)
- Sewa peralatan ski (jika perlu)
Cadangan Itinerari
- Hari 1 : Tiba di New Chitose Airport. Bertolak ke Asahikawa. Snow activity (snow rafting, snow banana anda snow sledging)
- Hari 2 : Asahiyama Zoo (penguin parade). Bertolak ke Abashiri
- Hari 3 : Ice Drift Cruise & Wakasagi lake fishing
- Hari 4 : Bertolak ke Sapporo. Odori Park & Sapporo Tower
- Hari 5 : Takino Snow World. Tanukikoji Shopping Street
- Hari 6 : Nakajima Park & Rera Premium Outlet
- Hari 7 : Daftar keluar hotel dan bertolak ke New Chitose Airport untuk penerbangan ke KLIA.
Nota :
- Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.
- Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan. (min-4-to-go)
- Tambahan RM600 untuk bilik seorang (single room)
- Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.
- Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun
- Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.
Layari facebook Japan Budget Trip untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.
2,822 total views, 12 views today